Selasa, 17 Desember 2013

Di sebalik tindakan keras kerajaan Ambiga sokong perhimpunan Pakatan di KL

Oleh Boo Su-Lyn
June 04, 2013
Datuk Ambiga Sreenevasan di Ibu Pejabat Imigresen hari ini. — Gambar oleh Siow Feng SawPUTRAJAYA, 4 Jun — Datuk Ambiga Sreenevasan menyokong hak Pakatan Rakyat (PR) untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran “Black 505” di Kuala Lumpur pada 15 Jun walaupun kerajaan telah mengenakan tindakan keras terhadap pemimpin pembangkang dan aktivis.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0 berkata, salah satu matlamat perhimpunan adalah untuk mendesak peletakan jawatan pegawai-pegawai tinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana laporan meluas penipuan pilihan raya semasa pilihan raya umum 5 Mei.
“Semua orang mempunyai hak perlembagaan untuk menyertai perhimpunan,” kata Ambiga kepada pemberita di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.

“Kita fikir SPR perlu meletakkan jawatan,” tambah bekas presiden Majlis Peguam itu.
Ambiga tiba di sini untuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan beliau baru-baru ini mengatakan pasport lebih 6,000 rakyat Malaysia akan dibatalkan kerana mencemarkan imej negara di luar negara.

Namun pegawai-pegawainya memberitahunya beliau kini tiada dan sebaliknya satu mesyuarat akan diatur minggu depan.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Copyright © 2012. berbagi tips - Posts · Comments
Powered by Blogger